Felt creation, made with love by me....

-Amirah


Followers

Saturday, February 26, 2011

Tempahan dari Aunty Liza...

Tempahan kedua dari Aunty Liza...

Yoyo & Cici...

Hello kawan2...

Hari ini kami merasa sungguh gembira keran tempahan yang kami rasakan paling mencabar telah pun kami siapkan dengan jayanya...Dan alhamdulillah juga kerana pelanggan sangat berpuas hati....

Ini adalah hasil tangan kami. Tempahan ini diadaptasi dari gambar di bawah:


So? Ok tak? Hi hi hi......

Tuesday, February 22, 2011

Lolita Bow Hair Clip~!

Hari ini kami telah mencuba untuk membuat bow hair clip. Dan ini adalah hasilnya. Sekiranya anda berminat, bolehlah membuat tempahan. Terima kasih.

Material : Japanese cotton
Price : RM4.50/each
100% handmade
Material : Felt cloth
Price : RM5/each 
100% handmade


Thursday, February 17, 2011

Brown Yellow Heart Hp Charm.


Tempahan dari adik angkat, Asma....Gabungan warna coklat dan kuning kelihatan seperti cookies! Nom nom nom.....LoL~!

Wednesday, February 16, 2011

Koleksi design dari Amirah's Craft.

Antara design yang kami tawarkan:






Door decor. Hiasi tombol pintu anda.


Kami cuba membuat yang terbaik untuk mempelbagaikan produk kami. Door decor mampu menyerikan lagi hiasan dalaman untuk rumah anda. Selain daripada menyerikan kediaman anda, ianya juga mampu memberikan keharuman yang mampu memikat tetamu yang bertandang ke rumah anda. Kami telah meletakkan beberapa titis musk rose oil untuk keharuman di rumah anda.

Setakat ini, hanya design ini sahaja yang kami tawarkan kepada anda. Terima kasih.

Tempahan Dari Ex-Schoolmate, Izati Mazlan.

Pandangan belakang.

Pandangan hadapan.



Pandangan hadapan.

 Pandangan belakang.

Tempahan di atas adalah dari ex-schoolmate merangkap ex-dorm mate merangkap ex-classmate admin. Sesiapa yang berminat dengan design di atas, bolehlah mengisi order form Amirah's Craft dan anda boleh berbincang dengan krew kami. Anda pasti akan dilayan dengan mesra. Insyaallah. We will do our best for your items. Terima kasih.

Pembukaan Entry Amirah's Craft.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kerana kami telah selamat membuka blog untuk hasil kraftangan kami yang sudah semestinya 100% handmade dari kain felt. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memudahkan anda melayari blogshop ini. Bagi kami, customer is always right and they deserve to get 100% satisfaction from us, Amirah's Craft crews.

Buat masa ini, kami hanya mampu mengupload tempahan terkini dari pelanggan kami yang sangat sporting dan bersabar menunggu untuk kami siapkan tempahan mereka. Kami sangat berpuas hati terhadap layanan para pelanggan kami yang baik hati.

Untuk masa kini, produk yang kami mampu hasilkan adalah seperti berikut:
  • Keychain
  • Handphone charm
  • Pencil case ( coming soon! )
  • Coin purse
  • Door decor
 Di bawah adalah merupakan tempahan terkini yang ditempah oleh para pelanggan kami yang dihormati:

Keychain yang bertemakan cincin perkahwinan dengan kata-kata,"Keep On Smiling".

Handphone charm yang berbentuk puzzle love dengan tulisan nama panggilan pelanggan dan tunangnya.

Hanya ini sahaja yang dapat kami selitkan di dalam blog kami buat masa ini. Insyaallah kami akan cuba sedaya upaya untuk memuat naikkan gambar-gambar untuk tempahan terdahulu. Terima kasih.